Catatan dari Bangalore : X

hari ini ada seminar farmakologi lagi.setiap kali ada seminar, setiap kali itulah rasa tak sedap hati kunjung tiba.rasa tak sedap hati itulah yang selalu mendorong saya untuk ponteng seminar tersebut walaupun saya tahu, apa natijah perbuatan saya itu.
tapi hari ini kenalah beranikan diri. kalau berani ponteng-ponteng lagi,hitam lagilah nama saya.hitam dihighlight kerana tidak cukup attendance.
jadi sejak dari malam semalam, saya bertungkus-lumus membaca dan menyiapkan nota kecil berkenaan antibiotics dan alkaloids, salah satu klasifikasi dalam anticancer drugs.harapnya mampu membantu di kala seminar nanti.
dan waktu untuk seminar pun tiba. saya mengambil tempat duduk di belakang, cuba menyorok di belakang zamir dan azri. harapnya tempat itu merupakan titik buta dr. ramesh.tapi, seperti biasa dan sudah dijangka, saya tetap dipanggil.lebih parah, saya diminta untuk memberi summary berkenaan topik-topik yang sudah dibentangkan dalam seminar itu.
tiba giliran saya.saya menarik nafas panjang semasa melangkah keluar.kata orang tua-tua bernafas dalam-dalam akan mengurangkan rasa gemuruh. lagipun apa yang dirisaukan, bukankah saya sudah bersedia?
yea, saya memang sudah bersedia(^_^). tapi bila saja bibir menuturkan perkataan pertama, darah mula naik ke kepala.kepala rasa panas, seperti mahu demam. jantung juga mula berdenyut kencang.tangan saya pula menggeletar, ibarat dihinggapi parkinson.
segala ilmu sama ada di kepala atau di nota ibarat hilang begitu saja.begitu sukar rasanya untuk menyebut istilah-istilah farmakologi, walhal segalanya telah tertulis di atas kertas dan hanya perlu dibaca saja. dan seperti biasa, pembentangan saya kali ini adalah seperti pembentangan yang lain-lain; penuh cacat cela. jika dr.ramesh tidak berpuas hati, apatah lagi diri saya?senyuman yang dilontarkan hanyalah untuk menutup rasa tidak puas hati.
GERAM.semuanya kerana sifat gemuruh saya itu. hancur segala-galanya.
rasanya saya mempunyai masalah.mungkin masalah otak.mungkin masalah jiwa.rasa sukar sekali untuk menghilangkan rasa gemuruh itu.
ada sesiapa dapat membantu?
*picture's credit : http://www.7art-screensavers.com/screenshots/wet-flowers/rain-drops-solar-system.jpg
Comments
;)
kalaula boleh semudah itu
sanggup peluk dr.ramesh hari2
selesai masalah..huhu
(^_^)