::hujan::
kini rasanya sudah musim tengkujuh di bangalore. hampir tiap-tiap hari hujan turun. kadangkala rintik-rintik sahaja, tetapi selalunya lebat. orang kata, hujan itu rahmat. tapi bagi saya hujan juga boleh jadi bala. terpulang pada Allah jika mahu menjadikan hujannya itu rahmat atau bala.
semalam saya 'hilang akal' sebentar.walaupun telah xerox nota hakmilik cik firus andaman,saya tetap mengambil keputusan untuk ponteng seminar farmakologi.entahlah, kebelakangan ini banyak benar perkara yang bermain di fikiran. baik masalah baru atau masalah yang berbangkit.dan saya selalunya akan menjadi tidak rasional jika bermasalah.
jejak saja kaki di luar bangunan International Medical School, hujan mula turun rintik-rintik.selepas membeli-belah sebentar di nilgiris, hujan masih turun. makin lebat nampaknya. dan saya mengambil keputusan untuk meredah saja hujan yang makin menggila.
habis basah kuyup tubuh saya.menyesal seketika bila menyedari buku-buku di dalam beg yang kebasahan. tetapi keseronokan 'bermain' hujan mengatasi segalanya (^_^)
perjalanan dari International Medical School ke divya landmark adalah kira-kira 1.5 km jauhnya. sepanjang perjalanan, banyak mata yang memandang. mungkin memikirkan 'kegilaan' saya meredah hujan lebat itu.
rasa puas hati bila tiba di rumah dalam keadaan yang basah kuyup. puas hati kerana sudah lama tidak 'bermain' hujan. jika diketahui ummi, nescaya akan dileteri tanpa henti..huhu(^_^)
cuma satu yang saya kesalkan. lab coat yang disimpan dalam beg sudah rosak akibat terkena warna pensel eosin dan haematoxylin. habis bertompok-tompok dengan warna ungu dan merah jambu. tapi rasanya cantik juga coraknya (^_^). sesuai dijadikan kain buruk atau kain lap lantai.hmm.terpaksa beli lab coat yang barulah nampaknya....

*alhamdulilah,nasib baik tak demam (^_^)

Comments
kalau x tahu mesti kena bertanya kan
kalau x sesat jalan