::exam paediatric::

semalam saya berjaya memaksa diri saya mengambil juga exam paediatric walaupun sebenarnya si syaitan yang direjam itu hampir berjaya menggoda saya untuk ponteng. mana tidaknya, saya terbangun dari tidur ketika jam sudah menunjukkan pukul 7.30. pagi. hanya ada 30 minit lagi untuk exam bermula.lagipun hati saya sebenarnya berbelah bahagi sama ada untuk mengambil exam itu atau tidak memandangkan saya belum bersedia sepenuhnya (^_^)

alhamdulillah, niat yang baik selalunya dipermudahkan. keluarnya saya dari divya landmark,terus saja saya mendapat autorickshaw dan saya berjaya tiba di bangalore baptist hospital sebelum exam bermula.

selepas saja viva voce, saya terus ke wad untuk mengambil case history ,juga membuat physical examination. bayi yang menjadi examination subject saya adalah baby of latta(nama sebenar tidak diketahui). sangat comel(^_^). matanya bulat sekali.



baby latta

rasanya mahu dicubit-cubit saja baby itu. cuma artificial mole(yeke? x tahulah benda apa sebenarnya) yang dilukis pada pipi bayi itu sedikit mencacatkan wajahnya(x tahulah kenapa indians suka sangat letakkan benda tu).

selepas saja selesai mengambil case history, giliran physical examination menyusul. di sini masalah bermula. saya cuba memegang tangannya mencari radial artery untuk mengira denyutan nadinya. tersentuh saja tangan saya, dia mula menangis. ajaib. bila saya menarik kembali tangan saya, tangisannya terhenti. saya kemudiannya memegang pipi comelnya. dia menangis kembali. saya menarik tangan saya dan dia berhenti menangis. bayi itu seperti sengaja mahu mengenakan saya(^_^).

mungkinkah wajah mafia saya menakutkan bayi itu?hm..mungkin juga (^_^).

saya hampir berputus asa. selepas hampir 30 minit, saya terfikir.mungkin bayi itu kelaparan. saya pun meminta ibunya untuk menyusukannya.

telahan saya nampaknya benar. baby itu nampak gembira selepas disusukan. dia kelihatan begitu aktif sekali.lega sebentar saya. namun masalah baru pula timbul. bayi itu menjadi terlalu aktif (^_^).tangan saya mahu digigitnya,muka saya pun mahu dicubitnya.

fuh..akhirnya selepas bertungkus lumus dengan bayi itu, selesai juga tugasan saya.

memang penat bekerja dengan bayi, tetapi menyeronokkan.

x sabar untuk bergelar seorang ayah nanti (^_^)




p/s : kesian pada ibu
shin chan dan himawari..huhu

*rindunya pada
faeiz haziqsyamim. rindu juga pada ain najwa fasihah (^_^)




Comments

1.masa mula-mula tu, mungkin sbb adik tu lapar..btul la rasenye, not bcoz of ur mafia-looked face..

2.adik tu nak cubit faeiz? haa..tu sbb gi join 'top-cute face competition' ngan dia kot~ dia geram sbb hamper kalah ngn examiner di kala itu..haha..(jgn kembang kene pam keh..) ;p
firus andaman said…
owh, saya pun dpt baby of lata gak....misya pun sama. asyik nangis2 jer kalau sentuh dia....eheh, faeiz dapat buat complete ker physical examination dia?????
snart :
ada ke muka mafia nak lawan kecomelan baby tu..huhu.mestilah kalah (^_^)

firus andaman :
banyak yang x dapat buat. pasrah je lah pas tu..huhu
fsj said…
this lil baby is so cute. pandai main trick2 lg :)
best of luck in ur field, may u become a successful and faithful doctor :)

Popular Posts