::aku panas baran::





hari ini saya 'meletup' lagi. entah amukan yang keberapa kali sejak saya tinggal di bumi bangalore ini.pemandu autorickshaw, penolong pengarah urusan TATA INDICOM, kerani CANARA bank, semuanya telah menjadi mangsa panas baranku. dan hari ini, senarai itu bertambah.dan hari ini juga yang paling kurang ajar.

benarlah kata orang;marah itu adalah sifat syaitan.apabila marah saya akan hilang rasional.terlupa seketika bahawa tadi saya sedang berada di dalam pejabat dikelilingi rakan-rakan wanita.hilang sebentar kemachoan saya..huhu(^_^)


saya sedar akan padah akibat sikap panas baran ini.masakan tidak, saya pernah dipukul si pemandu autorickshaw kerana membaling syiling ke mukanya.saya juga pernah kehilangan sahabat kerana sikap ini.pernah sekali saya juga hampir 'meletus' dengan tindakan pensyarah forensic medicine yang memarahi kami tanpa sebab yang konkrit. mujurlah pada hari itu, nafsu marah saya terkawal.jika tidak, gelaplah masa depan saya. rasa marah saya selalunya cepat hilang. ia akan diganti dengan rasa bersalah yang amat selepas itu. namun sesal kemudian tidak berguna kan?


harapnya saya mampu atasi sikap buruk ini.doakan saya yea (^_^)





p/s : maafkan saya mr.chandru sudha.maafkan saya pakcik kerani



*picture's credit : http://www.purple-owl.com/art-faces-angry.html


Comments

Anonymous said…
org ckp sabar tu bukti kematangan yg sebenar.imam kat masjid pon ramai yang panas baran.mungkin kita belum cukup matang kan~
Anonymous said…
darah muda memang macam tu,menggelegak selalu..

bila marah terlupa sekejap dunia,penat juga marah2 ni..
:) meh kite sama2 belajar menenangkan hati dengan beristighfar selalu.
dan berYOGA! yeay~
shaine.ali:
tulah lin. umur kita kan dah 22 tp rasanya macam belum cukup matang lagi dalam soal2 hidup nie.

cik teh:
bukan saja rasa penat bila marah2 nie, tapi hilang terus mood 1 hari..hehe

ilhami:
insyaallah, akan banyakkan istighfar lepas nie

firus:
x takut konon.ces..

Popular Posts