catatan dari bangalore : VIII


tertarik membaca entry saudara asrih di Beyond Arriere-Pensee
,saya juga bercadang untuk menceritakan serba-sedikit mengenai teman-teman serumah saya (halalkan idea ya asrih (^_^)).




saya mulakan dengan zaki. lebih dikenali sebagai kareem di kalangan pensyarah2 india (mungkin nama kareem lebih mudah disebut).inilah roommate saya sejak dari kolej mara banting lagi. so, sudah hampir 5 tahun si zaki nie menjadi roommate saya. orangnya agak pendiam dan tidak gemar membuang masa. seorang yang warak, dia merupakan presiden badan dakwah dan rohani(BADAR) yang pertama di IMS. Mempunyai raut muka yang hampir seiras dengan aktor favouritenya, shah rukh khan (cuba perhati gambar di atas betul2). si zaki nie gemar memasak, so merupakan salah satu dari dua chef terkenal di 208, Divya Landmark.





ini ikmal arif atau ikmal.sahabat yang paling serasi dengan saya.seorang yang sangat menghargai rakan-rakan.ikmal nie juga merupakan seorang yang pendiam.dia sukakan kekemasan (biliknya sangat kemas (^_^)).juga pandai memasak.seorang yang gemar mengembara melihat keindahan ciptaan tuhan.





next is shukri hadi also known as shuk. merupakan ahli bongsu 208, Divya Landmark, dia merupakan salah seorang jejaka paling 'hot' dan diminati di IMS. mempunyai pakej yang lengkap;kacak,bijak,ex-kisas,suara semerdu buluh perindu, juga handal bersukan. mempunyai masalah insomnia(sesiapa ada penawarnya?)(^_^). juga merupakan seorang chef yang handal, setanding dengan zaki.





terakhir adalah adzmin.seorang yang violent.sanggup melakukan keganasan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. dibenci oleh security guard divya landmark kerana gemar mempamerkan wajah mafia(sebabnya diorg suka2 je nk minta duit).gemar berkaraoke sehingga mengganggu jiran2.tidak pandai memasak, jadi sebahagian besar wang biasiswanya dihabiskan untuk KFC yang tidak berkhasiat itu.


p/s:
review di atas merupakan pandangan peribadi penulis. mungkin bercanggah pada pandangan si empunya badan atau rakan-rakan yang lain.harap maklum (^_^)





Comments

Anonymous said…
tipu2.faeiz mesti kena rasuah dgn diorang.ikmal cam taliban.mana ada shuk *hot*,dia ske msk tapi xprnah nk bg jiran.kedekut sudeyh~



(nk puji2 byr la)

ha3
a'aa.
diorg rasuah makanan.
terpaksala puji :P
firus andaman said…
takutnye tengok org y paling last tu...mmg yakuza. makan org bru knyang kot...huhuhu

Popular Posts