redha


Farah Mutia Amalina binti Jaaffar.

Kakak dilahirkan ketika ummi dan abah telahpun mempunyai 5 'hero'. Jadi, kami adik-beradik begitu bersyukur kerana akhirnya kami mempunyai seorang adik perempuan untuk dibuli (^_^).

Kakak seorang yang sangat manja. Ketika kakak masih kecil, kami adik-beradik suka benar mengusiknya. Sungguh seronok melihat telatah kakak ketika diusik walaupun selepas itu, confirmlah kami akan dicubit ummi (^_^)

Kakak seorang yang lembut perwatakannya, tapi tegas. Nampak lembik, tapi kakak merupakan bekas olahragawati sekolah, juga timbalan presiden Badan Wakil Pelajar di sekolahnya.

Rupanya, Allah meminjamkanku seorang adik perempuan hanya untuk tempoh 16 tahun 21 hari. Khamis ini (esok), genaplah 7 hari kakak meninggalkan keluarga kami.

Jujurnya, aku terasa satu kehilangan yang amat besar. Tapi, aku redha dengan ketentuan Allah. Allah lebih menyayanginya. Kombinasi kasihku, adik-beradik, ummi dan abah pada kakak mungkin hanya ibarat 1 titik air di lautan yang sangat luas jika dibandingkan dengan kasih Allah pada kakak.

Daripada Allah kita datang, dan hanya pada Allah kita kembali.





*moga sesiapa yang membaca entry ini bermurah hati untuk melapangkan sedikit masanya menyedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarhamah kakak.

*berazam mahu jadi insan soleh, mahu jumpa kakak di syurga nanti, insyaAllah (^_^)



Comments

Anonymous said…
al-fatihah. kenapa faeiz? saket? bykkan bersabar ea.
a'aa.sakit.
doctor diagnose acute pneumonia
Unknown said…
huhu takziah, faeiz. sabar k.

al-fatihah untuk arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Anonymous said…
ini attempt ke-4 nak comment entry ni.entahlah.bila dah tulis,delete sbb sayu plak.i know it's hard to put this into words but losing definitely not sthg wishable.it's damn painful.bila baby alia (my youngest adik) 'pergi' dulu, the pain was unbearable walaupon dia hanya 4 bln dipinjamkan kpd keluarga kami.

sabar faeiz,u take care too.jg kesihatan,kesian ummi kan.

classmate.
betul lin.
walaupun faeiZ nampak cam 'cool' je, tapi sebenarnya sangat rasa kehilangan.

tambah-tambah lagi bila duduk sorg2, tiba2 terbayang memory bersama arwah, rasa nak menitis je air mata.

tapi, insyaAllah, i'll take it as an ujian dari Allah. bukan kah Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar?

Lin,thanx for ur support. Insyaallah, i'll be fine
(^_^)
Ansorullah said…
salam.... abg faeiz, takziah atas pemergian akak abg...

baru je tahu bile terbuka blog nie..

Semoga abg faeiz tabah hadapi dugaan ini sbb setiap yg hidup pasti akan mati... dan sentiasalah doakan spy rohnya ditempatkan di kalangan org yang beriman... Ameen...
insyaallah epoi
i will always tabah
thanx for ur support (^_^)

Popular Posts