OLYMPIC BEIJING 2008



Kejayaan Abhinav Bindra memenangi pingat emas dalam acara menembak menjadi tajuk berita utama akhbar-akhbar di India. Berlumba-lumba pihak yang tampil mahu memberi ganjaran kepada Abhinav atas kejayaannya yang menjadi kebanggaan seluruh warganegara India.

Tahniah ya Abhinav..




Bagaimana pula dengan prestasi atlet-atlet Malaysia? Di atas, kertas peluang terbesar Malaysia untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat di Sukan Olimpik ini adalah menerusi sukan badminton. Walaubagaimanapun, sehingga entry ini ditulis, jaguh perseorangan nombor satu negara, Lee Chong Wei merupakan satu-satunya wakil negara yang masih bersaing dalam acara ini. Amat kecewa bila mendapat berita gandingan emas negara, Koo Kien Keat - Tan Boon Heong tewas mudah kepada pasangan Indonesia yang ditumpaskan mereka pada kesemua empat pertemuan sebelum ini. Tiga lagi wakil negara, Wong Choon Han, Wong Mew Choo dan pasangan beregu Choong Tan Fook-Lee Wan Wah juga sudah terkandas awal-awal lagi.

Selain sukan badminton, satu lagi acara yang mungkin menjanjikan pingat untuk negara adalah sukan berbasikal. Pada Olimpik Athens 2004 yang lalu, wakil tunggal negara, Josiah Ng hampir-hampir berjaya menempatkan diri dalam kedudukan pingat dalam acara keirin(kalau tak silap sayalah...). Kini dengan munculnya beberapa lagi pelumba berbakat seperti Azizulhasni, peluang Malaysia tampak lebih cerah.

Mudah-mudahan, Sukan Olimpik Beijing 2008 ini akan membutirkan pingat emas yang pertama buat Malaysia.



*picture's credit :
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/1/18/Beijing_2008_Olympics_logo.svg/220px-Beijing_2008_Olympics_logo.svg.png



Comments

Popular Posts