Catatan dari Bangalore : XIV


Dah lama tak diupdate blog ini. Rupanya sukar juga menulis ye..huhu. Sentiasa memerlukan ilham. Jadi, credit kepada penulis-penulis yang sentiasa melimpah ruah ideanya untuk menulis (^_^).

Semalam, berlangsungnya satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara MS Ramaiah Medical College (MSRMC) dengan Bangalore Medical College (BMC). Perlawanan ini dilangsungkan bertujuan untuk menguji tahap persediaan skuad BMC yang akan menyertai sebuah pertandingan bolasepak tidak lama lagi. Perlawanan berlangsung di stadium padang pasir Veterinary College, Bangalore.


Pemain-pemain import MSRMC dari Malaysia


Tanpa sebarang persediaan dan latihan, saya dan beberapa rakan yang menjadi pemain import MSRMC tidak mampu mempamerkan mutu permainan yang membanggakan, ditambah pula dengan corak permainan BMC yang agresif dan sentiasa melakukan perangkap offside (walaupun x pernah offside pun sebenarnya, nasib baiklah x ada referee (^_^)) .Bermain di posisi right midfielder dan supporting striker, saya tidak mampu membantu MSRMC mencatat kemenangan.

Tamat 90 minit permainan, kemenangan berpihak pada BMC dengan jaringan tipis, 1-0.

Menganalisa perlawanan, adalah jelas bahawa saya perlu mengubah style permainan saya. Nyata sekali, fizikal dan kelajuan saya tidak mampu menyaingi pemain-pemain berbangsa India. Latihan-latihan selepas ini seharusnya lebih difokuskan kepada aspek taktikal seperti ketepatan hantaran silang (crossing) dan penguasaan bola.


Comments

thefourtharif said…
bravo beb! semoga sihat selalu bersama bola anda... hihihi physical doesnt really matter if you have a big heart...

Popular Posts