rendah diri


Dulu, saya selalu rasa rendah diri.

Sejak sekolah rendah lagi, sayalah yang paling kecil dan pendek dalam kelas. Tapi sekarang bukan pendek dan kecil, tapi pendek dan buncit sebab telah mengembang.haha..

Saya tidak mempunyai wajah yang kacak ( walaupun ketika memandang cermin, selalu saja terperasan " wah, handsomenya aku :P " . Oh, wajah yakuza saya telah menyebabkan 4 kanak-kanak menangis serentak di Anganwadi tadi..haha ).

Saya tidak fotogenik. That's explain why i rarely put my picture in this blog / my facebook profile).

Saya ada masalah 'anxiety disorder' ( tambah-tambah lagi bila kena buat something di khalayak ramai. Rasa macam mahu demam saja..huhu.)

Saya punyai masalah panas baran melampau. Sikap ini selalu sebabkan saya suka bersendiri dan jauhkan diri dari orang lain so that i won't hurt others. Seriously, kadang-kadang terasa yang saya tidak berhak untuk berkawan dengan sesiapa disebabkan sikan baran ni.

____________________________________________________________________________

Tapi lama-kelamaan, saya mampu menerima setiap kekurangan pada fizikal saya. Maksud saya, kekurangan fizikal yang kekal lah. At least, it helps me not to judge others, just by their look :) Kelemahan psikologi yang mampu diubah, saya cuba atasi walaupun tidaklah berjaya sepenuhnya ( terutamanya masalah panas baran tu ). Kini, tak pernah lagi rasa menyesal dengan diri sendiri. Saya syukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah (^_^)

____________________________________________________________________________

Pada KAMU :
Belajarlah menerima dirimu. Stop comparing yourself to others. You're already perfect the way you're now. Believe me, kamulah insan paling unik yang pernah saya jumpa (^_^).






Comments

Cik Teh said…
Oh, wajah yakuza saya telah menyebabkan 4 kanak-kanak menangis serentak di Anganwadi tadi..haha

~~~~ ahhahaa..budak2 tu memang pandai buat gimik..tak boleyh blah menangis, dah nak balik semangat giler tataa kat kite..
hehe.
dah nama pun budak-budak kan :)
uncle BOB said…
Baguslah. Belajar menerima kekurangan diri bagus utk mendekatkan diri dengan Allah. Allah mencipta kita sebaik-baik kejadian. Syukur kerana diberi peluang utk menentukan hala tuju sendiri. Bro yakin, segala masalah akan diatasi dgn baik.
insyaallah, thanx for ur advice bro :)

Popular Posts