pelik


Pelik!

Di kolej, hampir semua orang menyalahkan si 'HoJ', kononnya culprit yang menyebabkan peperiksaan Ophtalmology dan ENT pelu diadakan semula.

Tetapi, tidak ada pula orang yang mahu menyalahkan si "manusia-manusia tidak jujur" yang menyebabkan si 'HoJ' tergerak untuk menulis surang layang tu.

Oleh itu, sebagai salah seorang yang mungkin tergolong dalam kalangan "manusia-manusia tidak jujur" itu, saya dengan terbukanya, juga dengan penuh rasa insaf sekali memohon maaf kepada sahabat-sahabat lain yang telah bersusah payah dan telah berusaha sebaik mungkin untuk menjawab peperiksaan tersebut kerana telah menyusahkan anda semua. Semoga korang akan memperoleh gred yang lebih bagus untuk re-examination nanti. InsyaAllah :)

Betul-betul insaf ni. Janji tak buat lagi. Maaf yea korang semua :(

p/s :

HoJ tu maksudnya Head of Justice kot. Ke Hand of Justice?entahla. Macho kan nama tu.hehe :). Lagi macho kalau dia dapat suarakan her/his ketidakpuasan hati secara terbuka tanpa surat-surat layang ni. So, tak de lah macho sangat si HoJ ni sebenarnya..huhu
__________________________________________________________________________________________________

Alangkah indahnya kalau semua orang dalam dunia tahu muhasabah dan menyalahkan diri masing-masing bila berlaku sesuatu perkara, bukan hanya tahu menuding jari dan salahkan orang lain je.


Remember, you can never change others,
but you can change yourselves, definitely
:)



Comments

mohdnoor said…
salam, faeiz..

ambik exam balik? hehe.. all d best..

slmat bpuasa n b'ibadat ;p
a'aa
kena ambil exam balik
hehe

selamat berpuasa n beribadat juga mohd noor

:)

Popular Posts