Kembali.

Sudah hampir 6 bulan berlalu sejak catatan terakhir. Kini semuanya sudah berubah. Aku sudah bergelar doktor, bukan lagi pelajar perubatan. Sudah kembali menetap di Malaysia, bukan lagi bermastautin di Lembah Silikon, Bangalore. Aku juga sudah menjadi seorang suami. Juga bakal bergelar ayah.

Kehidupan aku kini begitu mencabar. Penuh dengan tekanan semasa kerja. Tapi mengingatkan besarnya tanggungjawab yang aku pikul, kugagahi jua. Seringkali terimbau kembali kenangan masa silam. Kadang-kadang hingga terbawa dalam mimpi. Nostalgia keseronokan ketika masih seorang pelajar. Keseronokan mengembara melihat alam ciptaan Allah.

Benarlah kata baginda Rasulullah :

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Aku perlu doa kalian semua. Tabahkan hatiku Ya Allah.


Comments

Popular Posts