Catatan dari Bangalore : XXII


Menulis ketika sudah pun 2.10 pagi.

Insomnia lagi nampaknya. Overdose Indocafe musim-musim exam ni.

Tiga subjek teori IIIrd phase MBBS Professional Exam (Part I) telah selamat diduduki. Betul-betul berharap nasib sekali lagi menyebelahi aku. Malu juga rasanya. When others aiming for distinction, I struggle even to reach the passing mark.

Zaman 'kejatuhan' aku sebenarnya bermula sejak alam Tingkatan 4 lagi. Entah kenapa, memahami dan menghafal tulisan-tulisan dalam buku teks seakan-akan begitu sukar. Tapi Alhamdulillah, aku lulus, lulus, dan lulus setiap peperiksaan, cukup makan sahaja untuk ke tahap yang seterusnya.

Hmm, sudah melangkah ke 'zon tawakkal' pun. Terima saja apa pun keputusannya. Aku sudah bersedia.

Doakan saya untuk practical exam yea !


Comments

CahayaPencinta said…
bro, insyaallah ths time akan dpt bkn cukup-cukup mkn je. tp, cmrlng. Aminnn..

:)
uncle BOB said…
Bantuan Allah datang tanpa disangka-sangka. Tetapkan pendirian, istiqamahlah. Doa datang dari setiap orang yg berukhwah dengan adik. Amin..
Thanks abang Bob.
Abang Bob pun doakan saya sekali yea :)

Popular Posts