yeah


InsyaAllah, tahun ini aku akan menyambut lebaran di Malaysia walaupun realitinya, aku hanya tiba di KLIA pada 2 Aidilfitri (waktu Malaysia).

Aneh, semenjak menginjak usia dewasa, terasa sambutan hari raya Aidilfitri tidak semeriah dulu. Malah, aku mampu saja bersendiri beraya di tanah Bangalore, Syawal yang lepas.

Masa kecil dulu, 1 Syawal sangat dinanti-nanti, hari menandakan kemenangan selepas berpuasa 30 hari. Syawal juga merupakan bulan lubuk rezeki!



Meningkatnya usia, Ramadhan sudah merupakan satu rutin tahunan. Bulan mencari gandaan pahala. Tamatnya solat sunat Aidilfitri, tamatlah juga rayaku. Tidak terasa sangatlah keexcitedannya jika dibandingkan dengan zaman kanak-kanak dulu. Mungkin aku abnormal agaknya.HAHA.

Apa pun, di ruang ini aku mencuri kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Moga berbahagia.




Comments

Popular Posts