H1N1


Alhamdulillah, dah pulih sepenuhnya dari jangkitan H1N1. Betullah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, hargailah nikmat sihat sebelum tibanya waktu sakit. Walaupun taklah sesevere mana pun symptom H1N1 tu pada diri saya, tapi cukup untuk membuatkan diri terasa terseksa.

Hari pertama saya menunjukkan symptom demam panas, batuk dan pening kepala, saya terus ke MS Ramaiah Memorial Hospital untuk mendapatkan rawatan. Di kepala sudah terbayang akan jangkitan swine flu, apatah lagi saya mempunyai history of chronic asthma, salah satu faktor risiko jangkitan H1N1. Walaubagaimanapun, diagnosis doktor hanyalah demam biasa.

Selepas dua hari, demam panas, batuk dan sakit kepala telah pun berkurang. Walaubagaimanapun. saya mula terasa ketidakselesaan pada bahagian dada, juga kesukaran untuk bernafas. Saya terfikir akan pneumonia, salah satu komplikasi jangkitan H1N1. Jadi, saya ke Baptist Hospital untuk pemeriksaan. Diagnosis doktor di Baptist Hospital juga hanyalah demam biasa dan mild bronchospasm. Walaubagaimanapun, saya tekad untuk melakukan throat swab, untuk rule out kemungkinan jangkitan H1N1.

Selang dua hari, semua symptom mulai hilang. Tetapi, laporan makmal mengesahkan sampel saya sebagai positif H1N1. Oleh itu, saya dan housemates dikenakan kuarantin dalam rumah selama 8 hari. Kami juga dibekalkan dengan Tamiflu, tablet untuk rawatan anti virus.

Risau juga akan komplikasi penyakit ini. Tambahan pula, saya sememangnya mempunyai penyakit asma sejak kecil. Namun Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Syukur .

Sehingga post ini ditulis, sudah hampir 2100 orang telah meninggal dunia akan jangkitan penyakit ini di seluruh dunia. Lihat bagaimana mudahnya Allah mencabut nyawa hambanya. Diutuskan sekecil-kecil organisma, yang walaupun kecil, tapi sangat merbahaya. Teringat akan cerita kematian Raja Namrud di zaman Nabi Ibrahim a.s, yang bongkak mengaku sebagai Tuhan tapi kecundang di tangan seekor nyamuk. Subhanallah. Allah Maha berkuasa.

Moga kita semua dijauhkan dari segala bala yang menimpa. Jika yang sudah/ sedang ditimpa ujian Allah, banyakkanlah bersabar. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tidak akan Allah turunkan ujian, kecuali yang mampu seorang hamba itu menanggungnya. Wallahua'lam.


Comments

Popular Posts