.:ramadhan:.
Alhamdulillah, masuk hari nie dah 4 hari berpuasa. Puasa di Bangalore lain benar kalau dibandingkan di tanah air. Jika di Malaysia riuh-rendah dengan bazaar Ramadhan, di sini hanya ada pakcik-pakcik penjual 'samosa debu' di kaki-kaki jalan. Pendek kata, jauh berbeza kemeriahan berpuasa di Malaysia jika dibandingkan di Bangalore.
Di samping berpuasa, kami di sini tidak ketinggalan dari menunaikan solat sunat tarawikh. Seperti di Malaysia, masjid-masjid di sini mengerjakan solat tarawikh 20 rakaat. Namun, aku dan beberapa rakan penghuni Divya Landmark yang lain mengerjakan tarawikh berjemaah sesama kami sahaja. Langkah yang baik untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami (^_^)
Tahun ini, aku akan beraya di Bangalore. Aidilfitri kedua bagiku di rantau orang. Beraya bersama 2 orang saja rakanku yang sama-sama tidak pulang ke tanah air. Memanglah janggal rasanya menyambut lebaran tanpa ibu-bapa dan keluarga di sisi.Bohong kalau aku katakan aku tidak rindu akan mereka semua. Aku ada sebab tersendiri tidak mahu pulang tahun ini. Ada misi untuk diri sendiri (^_^).
InsyaAllah, kalau ada umur yang panjang, tahun depan aku akan beraya di kampung.

Comments
p/s: kuar awal peksa..musti mantop2 jawab neh ;)
a'aa. memg kena lepak shriram. klu x mati kesunyianlah..hehe
shela :
betulke nak poskan? janji tau :p
asrih :
hah..betullah asrih, bila bygkan wajah ko, terus hilang sedih..wah..hebat2 :p
snart_sina :
kuar awal bukan sebab mantaplah e, tapi sebab x tahu nk tulis apa2 lah..huhu